Seterusnya mari kita lihat bidang pencapaian dari beberapa aspek :
Politik
--Wanita
itu boleh menjadi penasihat kepada suami mereka. Ini dapat kita lihat jika
seseorang wanita itu bersuamikan orang politik maka ianya boleh melibatkan
dirinya secara tidak langsung dengan memberi nasihat dari segi keputusan yang
telah dibuat atau dilaksanakan oleh suaminya yang mungkin tidak bersesuaian
dengan kaum wanita yang mungkin tidak sesuai dengan pembangunan.
--Wanita
boleh melibatkan diri untuk membangunkan negara secara aktif melalui pelbagai
pertubuhan NGO seperti PERTIWI dan HAWA. Melalui pertubuhan-pertubuhan inilah
mereka boleh menyalurkan pelbagai ideal dan cadangan dalam usaha untuk
membangunkan negara sama ada dari segi pendidikan, keagamaan, sosial, budaya
dan ekonomi. Melalui NGO juga mereka boleh membantu membangunkan negara dengan
memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat terutamanya mengemaskinikan
undang-undang dan akta-akta yang boleh mengawal kemakmuran.
--Wanita
juga boleh memainkan peranan membangunkan negara melalui ideal-ideal yang
dikemukakan menerusi bidang penulisan. Ini adalah merupakan jalan yang terbaik
bagi wanita kaum muslimah yang terkongkong oleh peraturan serta hukum yang
tidak membenarkan mereka bergaul secara bebas dengan golongan bukan muhrim
mereka serta perlu menjaga dan mengawal aurat mereka daripada dicerobohi. Oleh
itu menerusi penulisan dengan mengemukakan pandangan dan pendapat diharapkan
ianya akan dapat membantu dalam mentadbir negara. Menerusi penulisan juga mereka
berpeluang mengemukakan pandangan serta komen ke atas pembangunan yang sedang
dilaksanakan dan telah dilaksanakan samada bersesuaian dengan peredaran zaman
dan kehendak negara.
Pendidikan
--Sifat
kehalusan dan ketajaman perasaan wanita yang menjadikan mereka layak untuk
memegang tugas sebagai seorang pendidik dibandingkan dengan kaum lelaki. Kaum
wanita merupakan pendidik atau guru yang paling layak untuk mendidik anak-anak
dan anak bangsa mereka.
--Peranan
wanita dalam bidang pendidikan di Malaysia, boleh dilihat dengan kemunculan
maktab-maktab perguruan. Untuk merealisasikan peranan wanita sebagai seorang
pendidik, maka sebuah maktab telah ditubuhkan untuk wanita pada tahun 1935
iaitu Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka.
Ekonomi
--Sumbangan
dan peranan wanita dalam ekonomi negara terbahagi kepada dua iaitu pekerjaan
formal dan pekerjaan tidak formal
1)
pekerjaan tidak formal
--Wanita terlibat dalam pengeluaran barangan
dan perkhidmatan untuk pasaran dan kegunaan seharian, dalam pertanian,
pengeluaran makanan. Wanita yang terlibat dalam pertanian adalah diantara yang
teramai golongan yang dibawah nilai sebagai pekerja dan tidak direkodkan.
--Sebagai pembantu di rumah, di ladang dan
perusahaan-perusahaan kecil, dalam bentuk tidak rasmi serta tidak disenaraikan
sebagai tenaga kerja negara.
2)
pekerjaan tidak formal
--kaum wanita bekerja dalam menampung tenaga
buruh di sesebuah negara. Banyak jawatan pekerjaan diwujudkan yang memerlukan
tenaga wanita terutama dalam tugas-tugas yang tidak sesuai dengan jiwa lelaki
seperti tugas yang memerlukan penumpuan dan penelitian yang tinggi.
--Wanita memegang jawatan tinggi dalam
organisasi. Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita memegang tugas pengurusan
pertengahan. Di Malaysia sebagai contoh, hanya terdapat lima peratus jawatan
pengurusan atasan yang diterajui oleh wanita. (Dewan Ekonomi,1994). Walaupun
wanita menunjukkan kemajuan pesat dalam pelbagai bidang, namun masih terdapat
sikap prejudis terhadap mereka sehingga wujud menara kaca (glass ceiling) dalam
dunia korporat. Menara kaca merupakan rintangan yang dihadapi oleh wanita untuk
terus maju dalam kerjaya mereka.
Sosial
--Dengan
senario yang melanda negara dengan isu-isu gejala sosial yang melibatkan
anak-anak gadis seperti bohsia, lari dari rumah, gadis yang murtad, bekerja
sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau GRO, penderaan, perkosaan memberikan
kita juga gambaran bahawa pentingnya lagi peranan kaum wanita dalam membasmi
gejala-gejala ini demi menjamin pembangunan yang seragam dari pelbagai segi.
--Jelasnya
apabila kita membicarakan soal tanggungjawab sosial dalam pembangunan negara
ini, ianya harus diukur dari segi tahap kemampuan warganegara terutama kaum
wanita. Memang tidak dapat dipersoalkan lagi bahawa peranan kaum wanita dalam
pembangunan yang berperspektif sosial perlu di teliti. Ini kerana ianya akan
menentukan ke manakah arah perkembangan anak-anak yang kebanyakkannya dididik
oleh kaum wanita yang digelar ibu. Oleh itu peranan wanita dalam keluarga dan
masyarakat jelaslah amat penting dalam membangunkan ummah serta negara.
Keluarga
--sebagai
pengurus rumahtangga
--mendidik,
mengasuh dan membimbing anak
-keperibadian anak-anak terletak sebahagian
besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa
--peranan
kaum ibu sebagai penasihat dan pengasuh supaya dapat memulihkan keutuhan fungsi
institusi keluarga
-penerapan nilai positif baru yang berkesan
mengelakkan generasi muda kita daripada terpengaruh dengan nilai yang bersifat
negatif
yang diperolehi melalui media massa dan
persekitaran di luar keluarga dan sekolah.
Masyarakat
--kaum
wanita berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menjamin kebajikan
masyarakat secara amnya. Kaum wanita hari ini telah berjaya meluaskan lagi rasa
penglibatan mereka dalam soal-soal kebajikan kepada bidang yang lebih serius
dan besar. Mereka telah berani memperjuangkan perubahan-perubahan pada
peraturan-peraturan bekerja dan hak-hak pekerja wanita supaya mendapat layanan
yang baik dan taraf yang sama dengan kaum lelaki.
--dalam
bidang kejururawatan, doktor sakit puan dan sebagainya.Inilah tugas-tugas
penting yang diperlukan oleh masyarakat dan dalam hubungan ini masyarakat
mempunyai hak untuk mewajibkan kaum wanita memenuhi bidang pekerjaan ini sepertimana
masyarakat berhak mengarahkan kaum lelaki memikul tugas-tugas berperang dan
keselamatan negara.
--Melalui
Dasar Wanita Negara kaum wanita dapat memperjuangkan agar matlamat kesamaan dam
persamaan dengan kaum lelaki dapat dijadikan teras dasar pembangunan yang
berorientasikan rakyat agar kaum wanita sama-sama dapat menyumbang pada
pembangunan negara.
Kerjaya
Ketrampilan
dan kredibiliti wanita telah terbukti apabila semakin ramai wanita menyandang
jawatan-jawatan penting. Bukan setakat jawatan dalam Kerajaan seperti Menteri,
Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Gabenor Bank Negara, Hakim,
Pakar Bedah, Pakar Astronomi dan sehinggalah kepada Juruterbang Pesawat
Pejuang, bahkan banyak lagi jawatan kritikal dalam sektor swasta seperti
perbankan, kewangan dan teknologi maklumat yang kini diterajui oleh wanita.
Perkembangan ini jelas memperlihatkan wanita Malaysia memainkan peranan yang
semakin penting dalam mencorakkan hala tuju dan pembangunan negara.
Tenaga kerja
kita akan kurang dengan begitu mendadak sekiranya mengecualikan sumbangan
wanita kerana hampir separuh sumbangan tenaga kerja datangnya dari kaum wanita.
Lebih-lebih lagi apabila kita lihat trend masakini dimana jumlah penuntut
wanita di institusi pengajian tinggi adalah di antara 60 peratus dan 70 .Wanita
mempunyai sifat yang tekun dan gigih, serta mempunyai perasaan bertanggungjawab
dan sanggup bertungkus lumus merebut peluang yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment