Post ini adalah merangkumi aspek-aspek yang ada di dalam kajian Wanita Dan Keluarga dalam agama Islam. In syaa Allah ini adalah sebagai pengenalan kepada apa yang bakal dihuraikan secara lebih lanjut pada post yang akan datang. Selamat membaca! Semoga ianya bermanfaat. :)
Latarbelakang
Wanita terdiri hampir separuh penduduk
Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri,ibu serta pekerja yang
mempunyai gaji sendiri.Mereka memainkan peranan penting di dalam pembentukan
generasi dan juga di dalam struktur politik tradisional Melayu.Tanggapan yang
menetapkan wanita sebagai tidak berperanan dalam mengubah atau mempengaruhi system
politik di kalangan zaman puluhan dahulu adalah salah sama sekali.Wanita
berperanan sangat besar di dalam menentukan hala tuju sesebuh kerajaan tradisional,contohnya
Kesultanan Melayu Melaka.
- Nilai murni dari perenggan ini adalah kita patut memberi peluang
kepada wanita untuk membuktikan kemampuan mereka kerana setiap orang ada
kemampuan masing-masing.
Kepercayaan
Orang
Melayu pada zaman dahulu mempunyai banyak pantang larang berkaitan adat dan
budaya warisan nenek moyang. Pantang larang ini adalah sebagai panduan dan juga
untuk mendidik golongan muda atau tua kearah yang lebih baik. Apa yang disebut
bukannya untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di
sebaliknya kerana banyak perkara yang terjadi adalah mungkin kebetulan atau
sebagai pembalasan di atas apa yang telah kita lakukan.
Sebagai
contoh,kita dilarang mencaci ketika hamil kerana dikhuatiri anak yang bakal
lahir juga akan cacat, tidak boleh makan pisang kembar kerana dikhuatiri akan
beranak kembar,jangan minum air sambil makan kerana bimbang perut akan buncit .Selain itu,wanita
yang baru melahirkan anak perlu melalui tempoh berpantang 44 hari jika tidak, akan memberikan kesan pada
masa akan datang
- Nilai murni dari segi kepercayaan orang Melayu zaman dahulu
adalah pantang larang itu akan membuatkan kita terhindar daripada melakukan
sesuatu yang tidak elok sama ada akan memberi kesan kepada diri sendiri atau kepada
sekeliling kita.
Pencapaian
Wanita
pada masa dulu juga sudah mencapai kejayaan yang meberangsangkan sama ada dalam
bidang pendidikan mahupun politik. Sejarah Islam membuktikan bagaimana peranan
wanita yang turut serta dalam pekerjaan di luar rumahnya berjaya membantu ke
arah kecemerlangan Islam, malah orang yang pertama gugur syahid dalam Islam
juga daripada kalangan wanita iaitu Saiyidah Sumayyah. Saidatina Aisyah
Abu Bakar, isteri Rasulullah SAW adalah wanita contoh dalam bidang pendidikan.
Beliau mempunyai ilmu yang luas dalam bidang fiqh, kemasyarakatan dan politik.
Beliau menjadi pakar rujuk ilmu hadis, seorang pemidato dan sasterawan.
- Apa yang dapat disimpulkan dari perenggan ini adalah Islam sama
sekali tidak melarang atau menghalang, malah membenarkan wanita bekerja di luar
rumah dengan syarat pekerjaan itu mesti pekerjaan halal, diredai Allah serta
mendapat ganjaran baik. Sejarah Islam membuktikan bagaimana peranan wanita yang
melakukan pekerjaan di luar rumahnya berjaya membantu ke arah kecemerlangan
Islam.Namun apabila wanita bekerja,dia perlu menyelesaikan kerja rumah sebelum
memberi tumpuan kepada tugas pejabat. Selain itu wanita yang bekerja di
luar rumah perlu menjaga kehormatan diri dan ketakwaan kepada Allah.
No comments:
Post a Comment